Monday, 7 May 2012

Asas-Asas Menghidupkan Hati

Menghidupkan hati tak semudah menghidupkan api pada pemetik api.Semestinya hendak menghidupkan hati memerlukan usaha dan pengorbanan.Hati adalah milik Allah SWT dan kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT.

Perkara Asas
Resepi utama dalam menghidupkan hati adalah menjaga perkara-perkara asas.Di dalam rutin seharian kita sebagai manusia beriman,perkara asa kita ialah solat fardhu dan membaca Al-Quran.Didalam kehidupan seharian,solat fardhu adalah keutamaan.
Percantikan solat fardhu.Solat dengan tertib dan cuba tingkatkan kualitinya dengan khusyuk serta rasai kenikmatan dalam segenap pergerakannya.Jangan laju-laju dan biarkan solat itu dilakukan dalam keadaan yang tenang dan kita yang mengikutinya.Berkenaan dengan Al-Quran,kitab suci ini adalah kalam Allah dan mukjizat kepada umat.Didalamnya ada penawar hati,bahkan lenggok aturannya sahaja sudah boleh mandamaikan jiwa.Solat dan Al-Quran,kedua-duanya datang dari langit dan ia makanan utama kepada roh kita.

Senjata Insan
Doa.Hendaklah kita istiqamah dalam berdoa kepada Allah SWT.Jangan tinggalkan sesekali.Bahkan buat berkali-kali dan paling kurang setiap kali lepas solat berdoalah.
Tidak kisah dalam bahasa apa pun,mintalah kepada Allah.Sesungguhnya meminta adalah tanda keredhaan hati kita kepadanya.Mengadu kepada Allah akan kelemahan diri Minta kepada Allah segala apa yang dihajati dan kemudian mendoakan sesiapa yang tersayang didalam kehidupan ini.Ibarat benteng sekiranya hendak bertahan lebih lama,perlulah bentengnya lebih tebal.

percantikkan solat fardhu kita.
Solat dengan tertib
dan
cuba tingkatkan kualitinya
dengan
khunsyuk
serta
rasai kenikmatannya
dalam
segenap pergerakannya.
Jangan laju-laju
dan
biarkan solat itu dilakukan
dalam keadaan
yang
tenang dan kita
yang
mengikutinya.













Tuesday, 3 April 2012

Terimalah Pasangan Itu Seadanya

"Cintai dirinya seadanya dia,
terima hatinya seadanya dia,
kasihkan kelemahannya seadanya dia,
sayangkan kekuatannya seadanya dia agar dirinya terasa dihargai,
mampu menjadi insan yang lebih baik,
malah boleh menerima kamu seadanya serta mampu menjadi pasangan
yang sempurna buat kamu''


Semua mempunyai personaliti yang berbeza.kita juga tidak terkecuali.Bukan semua yang kita suka atau tidak suka mempunyai perasaan yang sama seperti kita.Lantaran itu,adalah perlu untuk memahami bahawa cinta hadir dengan benih keikhlasan,kematangan serta kejujuran.

Pernah atau tidak kamu terasa seperti si dia tidak memahami apa yang kamu nyatakan,apa yang kamu inginkan,apa yang kamu cuba lakukan atau apa yang sebenarnya kamu maksudkan?Percayalah si dia juga pernah merasai pengalaman seperti mana yang kamu rasai.

Masalah tidak akan selesai sekiranya kamu tidak usaha untuk cuba memahami perbezaan perangai yang ada kerana proses untuk menerima kelemahan orang lain mengambil sedikit masa.Adalah sangat perlu untuk kamu membenarkan diri kamu melihat sesuatu kekurangan itu sebagai satu kelebihan agar pasangan kamu pula cuba belajar untuk melakukan perkaar yang sama.

Bercinta ialah soal menerima seadanya pasangan kita dimana kamu berdua tidak perlu mengungkit kekurangan pasangan semata-mata untuk memenangi sesebuah pertelingkahan.Hati mana yang tidak sakit sekiranya acap kali pasangan mencari kesalahan sekali gus tidak mengendahkan segala perbuatan baik yang telah dilaksanakan selama ini.

Cinta sememangnya indah apabila dilayan tanpa ada sebarang masalah,namun tika dilanda ombak kamu akan terkapai-kapai bila mana pasangan yang kamu cinta itu tidak belajar untuk sama-sama menyelesaikan masalah.Tiada manusia yang sempurna di dunia,namun masih ramai juga manusia yang tidak mahu cuba untuk berusaha kearah kesempurnaan.

Bercinta dengan penuh keinginan untuk memperbaiki diri sendiri dahulu,sebelum cuba untuk memperbaiki pasangan kamu.Jangan mudah melenting apabila ditegur dan juga mudah menjatuhkan air muka pasangan apabila menegur.Bercintalah dengan sabar agar semua masalah daopat ditangani bersama dengan tenag,setenang air di kali.

*motivasi daripada Dato'FazleyYaakob* 




Monday, 5 March 2012

Sifat Sifat Hati


Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.

Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:
1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)
2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifat-sifat yang keji)

Pertama:
Sifat-sifat mahmudah
antaranya:
a) jujur
b) ikhlas
c) tawadhuk
d) amanah
e) taubat
f) sangka baik
g) pemaaf
h) pemurah
i) syukur
j) zuhud
k) tolak ansur (timbang rasa)
l) sabar
m) redha
n) berani
o) lapang dada
p) lemah lembut
q) kasih sayang
r) selalu ingat mati
s) tawakal
t) takut Allah

Kedua:
Sifat-sifat mazmumah
di antaranya:
a) riyak
b) ujub
c) sum’ah
d) takabur atau sombong
e) hasad dengki
f) pemarah
g) dendam
h) bakhil
i) penakut
j) cinta dunia
k) gila pangkat
l) gila puji
m) jahat/buruk sangka
n) putus asa
o) tamak

Sifat keji ini hendaklah dihapus dan ditumpaskan daripada bersarang di hati kita. Kalau perkara ini tidak dikaji dan diteliti, sudah tentu tidak diketahui. Kikiskanlah dengan menanam rasa takut hanya pada Allah. Rasakanlah Allah Maha Berkuasa, Maha Besar dan Allah-lah Maha Kuat dan Maha Gagah daripada segala-galanya. Semua makhluk ini sama-sama lemah di sisi Tuhan yang Maha Perkasa itu. Kalaupun makhluk itu kuat atau berkuasa, hanya kerana dia diberi nikmat yang lebih sedikit saja daripada orang lain. Tetapi dia tetap lemah dan tetap dalam kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Allah telah mendidik kita agar hanya pada-Nya kita wajib takut dan menghinakan diri. Ini kerana Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha Menganugerah, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Allah-lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu. Allah-lah yang menentukan nasib makhluk. Allah-lah yang muassir (memberi bekas). Selain-Nya semuanya tidak lebih gagah, tidak lebih besar dan tidak memberi bekas apa-apa. Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak besar dan hebat, gagah dan berkuasa tapi hakikatnya semua makhluk itu tetap dalam genggaman Allah SWT. Hanya empat sifat mazmumah saja yang kita kaji secara terperinci di sini, yang merupakan sebahagian daripada sifatsifat mazmumah yang banyak itu. Perlu diingat juga bahawa sifat-sifat yang jahat ini semuanya sudah wujud bersama lahirnya tubuh kasar. Rasa-rasa itu tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar. Oleh itu benih-benih sifat mazmumah dalam hati ini mesti dikenal pasti di awal-awal lagi.

Dengan menggunakan teropong mata hati dengan dibantu oleh ilmunya, sifat-sifat jahat ini mesti ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi.Barulah sifat mazmumah ini dapat dikekang dan dikosongkan, yang akhirnya sifat mahmudah dapat diisi dalam hati.

Di sinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh (hati). Supaya setelah kedua-duanya dikesan, yang mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat dihapuskan. Barulah manusia itu kembali kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat manusia itu sendiri. Ini kerana nilai diri manusia itu adalah pada sifat roh (hati)nya. Ia jadi penentu yang mencorak kehidupannya dan manusia seluruhnya.

Roh ini dikekalkan untuk ditanya dan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti. Roh inilah yang mukalaf. Ia yang akan merasai nikmat atau azab. Roh inilah juga yang akan ke Syurga.

Wednesday, 8 February 2012

Pengorbanan Seorang IbaBapa

INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.
Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.
Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita.
Dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.

Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.
Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)
Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”
(Surah An Nisaa’: Ayat 36)
Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah.
Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.
Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka Allah sajalah berhak diibadahi.
Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik.
Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidakkah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya.
Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.
Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar.
Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.
Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang menggendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan ke mana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?”
Jawab Abdullah bin Umar: “Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah silaturahim.
Merekalah selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita.
Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka?
Berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebuah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya – didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah.
Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak. Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.” (Hadis Riwayat: Ahmad)
Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman: 14-15)
Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.
Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat.
Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita?
Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya?
Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu.
Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.”
(Hadis Riwayat: Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)
Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)
Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi.
Hanya Allahlah yang mampu memberi petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita.
Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.
Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.
Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.
~Ya Allah selamatkanlah anakku walau di mana saja dia berada. Engkau permudahkan segala urusannya Ya Allah.  Engkau lindungilah dia  dari segala mala petaka amin…….


Sunday, 5 February 2012

Puisi Untuk Sahabat


sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam




 




Thursday, 2 February 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah s.a.w


Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sop
Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita rumah yang tidak ada makanan.

Buah Tin
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
Anggur
Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut.

Madu
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
Tembikai (Segala Jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata,membuang kelupaan.

Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga
Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


 Delima
 Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari
. Cuka
 Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)


. Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati...


               

Tuesday, 31 January 2012

REMAJA Membina Kematangan

Matang merupakan satu perkataan yang sering dibincangkan di kalangan remaja,''Bagaimana hendak matang?'',apa itu matang?'',engkau belom matanglah!'' dan sebagainya.
Sebenarnya,kematangan remaja adalah indikator penting yang menentukan bagaimana kehidupannya di masa akan datang dan kematangan mereka akan menjadi punca kepada kemajuan atau keruntuhan sesebuah masyarakat.


Maksud Matang Yang Sebenar 
Maka kita bermula daripada definisi matang?Apakah matang yang sebenar?
Ada yang kata matang itu ikut umur.
Semakin tua,semakin matang.Ada pula yang kata ikut ilmu.Semakin tinggi tahap ilmu.semakin matang.Ada pula ada yang kata ikut pengalaman.Kalau dia banyak pengalaman,semakin matang,Tetapi saya tidak mengambil itu semua sebagai definisi kematangan.Definisi kematangan saya hanya satu.Seseorang itu hanya dikira sebagai matang apabila dia mengambil Islam sebagai cara hidup.Ya itulah dia matang yang sebenar-benarnya.Mengapa?


Baik dan Buruk Yang Sebenar
Didalam Islam,ada satu kaedah untuk mengenal pasti mana buruk mana yang baik.Bagaimana?
''Apa yang Islam kata baik,itulah dia baik.Apa yang Islam kata buruk,itulah buruk.''
Jadi walaupun dunia kata solat itu melecehkan ,pada kita yang beriman,solat itu tetap satuperkara yang baik.Maka walaupun seluruh dunia nampak perhubungan bebas itu satu perkara yang menyeronokkan,baik,puas,namun pada kita yang beriman perkara itu tetap satu perkara yang buruk.Kerana Allah larang,Allah kata buruk.
Sebab itulah apabila seseorang itu mengambil Islam,barulah dia dikatakan matang.Kerana orang yang matang akan bijak memilah mana yang baik dan mana yang buruk buat dirinya .Maka bagaimana jika seseorang itu tidak boleh memilah antara yang baik dan buruk buat dirinya?


Bila Remaja Mempunyai Kematangan Diri
Bila  remaja memahami perkara ini,lantas mengambil Islam sebagai cara hidup yang sebenar,bukan semata -mata agama,pastinya remaja itu akan tersisih daripada perkara.
Daripada Abu Hurairah RA,bahawa Rasulullah SAW bersabda''Antara kecantikan Islam adalah lelaki atau perempuan yang meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat buatnya,''Riwayat Tirmidzi,Ibn Majah dan Ibn Hibban.
Terdapat juga hadis dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.
Remaja akan terselamat daripada gejala sosial,pembaziran masa dan menjadi satu peribadi yang indah,mampu bertanggungjawab,seterusnya membina satu gelombang perubahan buat masa hadapan.


Marilah Mematangkan Diri
Maka saya mengajak diri saya dan remaja sekalian untuk memerhatikan isu kematangan ini.Kembali pada definisi matang yang sebenar.Yakni ambil Islam sebagai cara hidup.Kita perhatikan ibadah kita,hubungan kita dengan Allah SWT dan bagaimana kita berdisiplin dengan kehidupan Islam iyu sendiri.Dan kita akan nampak bahawa nanti,kualiti kehidupan kita,keadaan peribadi kita akan meningkat.Kesannya bukan pada kita sahaja,bahkan kepada orang sekeliling,masyarakt dan negara.
Sama-samalh kita mematangkan diri .
Biar kita sentiasa mampu memilih yang baik dalam mengharungi kehidupan ini.