Sebenarnya,kematangan remaja adalah indikator penting yang menentukan bagaimana kehidupannya di masa akan datang dan kematangan mereka akan menjadi punca kepada kemajuan atau keruntuhan sesebuah masyarakat.
Maksud Matang Yang Sebenar
Maka kita bermula daripada definisi matang?Apakah matang yang sebenar?Ada yang kata matang itu ikut umur.
Semakin tua,semakin matang.Ada pula yang kata ikut ilmu.Semakin tinggi tahap ilmu.semakin matang.Ada pula ada yang kata ikut pengalaman.Kalau dia banyak pengalaman,semakin matang,Tetapi saya tidak mengambil itu semua sebagai definisi kematangan.Definisi kematangan saya hanya satu.Seseorang itu hanya dikira sebagai matang apabila dia mengambil Islam sebagai cara hidup.Ya itulah dia matang yang sebenar-benarnya.Mengapa?
Baik dan Buruk Yang Sebenar
Didalam Islam,ada satu kaedah untuk mengenal pasti mana buruk mana yang baik.Bagaimana?''Apa yang Islam kata baik,itulah dia baik.Apa yang Islam kata buruk,itulah buruk.''
Jadi walaupun dunia kata solat itu melecehkan ,pada kita yang beriman,solat itu tetap satuperkara yang baik.Maka walaupun seluruh dunia nampak perhubungan bebas itu satu perkara yang menyeronokkan,baik,puas,namun pada kita yang beriman perkara itu tetap satu perkara yang buruk.Kerana Allah larang,Allah kata buruk.
Sebab itulah apabila seseorang itu mengambil Islam,barulah dia dikatakan matang.Kerana orang yang matang akan bijak memilah mana yang baik dan mana yang buruk buat dirinya .Maka bagaimana jika seseorang itu tidak boleh memilah antara yang baik dan buruk buat dirinya?
Bila Remaja Mempunyai Kematangan Diri
Bila remaja memahami perkara ini,lantas mengambil Islam sebagai cara hidup yang sebenar,bukan semata -mata agama,pastinya remaja itu akan tersisih daripada perkara.Daripada Abu Hurairah RA,bahawa Rasulullah SAW bersabda''Antara kecantikan Islam adalah lelaki atau perempuan yang meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat buatnya,''Riwayat Tirmidzi,Ibn Majah dan Ibn Hibban.
Terdapat juga hadis dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.
Remaja akan terselamat daripada gejala sosial,pembaziran masa dan menjadi satu peribadi yang indah,mampu bertanggungjawab,seterusnya membina satu gelombang perubahan buat masa hadapan.
Marilah Mematangkan Diri
Maka saya mengajak diri saya dan remaja sekalian untuk memerhatikan isu kematangan ini.Kembali pada definisi matang yang sebenar.Yakni ambil Islam sebagai cara hidup.Kita perhatikan ibadah kita,hubungan kita dengan Allah SWT dan bagaimana kita berdisiplin dengan kehidupan Islam iyu sendiri.Dan kita akan nampak bahawa nanti,kualiti kehidupan kita,keadaan peribadi kita akan meningkat.Kesannya bukan pada kita sahaja,bahkan kepada orang sekeliling,masyarakt dan negara.Sama-samalh kita mematangkan diri .
Biar kita sentiasa mampu memilih yang baik dalam mengharungi kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment