Alam pekerjaan sungguh menyeronokkan bila tibanya hujung bulan yang menandakan gaji akan keluar.Masa itulah pelbagai perkara lintas difikiran dan perasaan ingin memiliki sesuatu membuak-buak.Bagi yang pendapatannya hanya cukup-cukup makan,pasti akan resah.Tidak kiralah awal bulan atau hujung bulan.Fikiran asyik mencongak-congak apa yang patut dibayar,Aduhhhhhh!!!!!
Kcing...Kcing...Kcing....mesin ATM mengeluarkan jumlah yang diinginkan.Kadang-kadang bila sudah tidak cukup duit berusaha juga untuk mengeluarkan RM10 dan apabila melihat baki yang tinggal pasti menyedihkan.Kalau dilihat gelagat anak-anak muda pada awal-awal bulan terutamanya si gadis sewaktu mahu keluar membeli belah pasti wajah mereka tersengih-sengih seperti kerang busuk saat mengeluarkan duit untuk melaburdi pusat beli belah.
Tapi wajah mereka akan bertukar masam mencuka dan termenung bila duit didalam akaun bank semakin berkurangan walaupun baru tujuh hari bulan.Itu belum lagi kerunsingan bagi yang mempunyai kenderaan atau rumah sewa.Mulalah pening kepala sebab masa inilah kena servis kereta,kereta rosak,tayar pancit,rumah sewa naik harga,bayar bil api,air Astro,broadband kan?Mesti bertambah-tambah sakit kepala dibuatnya.
Macam mana dengan hari-hari seterusnya.Inilah yang dikatakan duit mengalir seperti air tapi alangkah seronoknya kalau air yang mengalir itu adalah duit.Pasti semua orang kaya raya dan tak payah pening-pening kepala tak cukup duit.Pergi saha ja tadah di sungai atau menjala duit..
Jom kita sama-sama mengingati sesama sendiri.Apa kata kita hilangkan rasa runsing dan resah kita tentang duit.Cuba kita ajar diri kita sendiri dalam berjimat cermat,menabung dan membuat senarai setiap bulan apakah yang WAJIB dan yang TIDAK WAJIB duit kita perlu dilaburkan.Dengan perancangan yang betul dan disiplin,kita mungkin tidak akan risau lagi kemana duit kita hilang dan dihabiskan kerana kita sudah pun mempunyai senarai wajib setiap duit yang akan digunakan.
Pastikan ia banyak kearah keperluan dan bukannya kehendak.Di samping itu,jangan lupa untuk membahagikan sedikit duit.Maksudnya,untuk keperluan kecemasan,manalah tahu jikalau ada perkara yang tidak diingini berlaku dan memerlukan duit back up.Sekurang-kurangnya kita masih terselamat.
Jadi apa kata kita sama-sama mempraktikkan cara ini.Sekurang-kurangnya ia mengajar kita supaya lebih berdisiplin dan bijak mengatur setiap perbelanjaan kita.Jadi tidak adalah kita terpaksa berpuasa dan mengikat perut semata-mata karana duit telah habis sedangkan baru masuk tujuh hari bulan.
No comments:
Post a Comment