Tuesday, 3 April 2012

Terimalah Pasangan Itu Seadanya

"Cintai dirinya seadanya dia,
terima hatinya seadanya dia,
kasihkan kelemahannya seadanya dia,
sayangkan kekuatannya seadanya dia agar dirinya terasa dihargai,
mampu menjadi insan yang lebih baik,
malah boleh menerima kamu seadanya serta mampu menjadi pasangan
yang sempurna buat kamu''


Semua mempunyai personaliti yang berbeza.kita juga tidak terkecuali.Bukan semua yang kita suka atau tidak suka mempunyai perasaan yang sama seperti kita.Lantaran itu,adalah perlu untuk memahami bahawa cinta hadir dengan benih keikhlasan,kematangan serta kejujuran.

Pernah atau tidak kamu terasa seperti si dia tidak memahami apa yang kamu nyatakan,apa yang kamu inginkan,apa yang kamu cuba lakukan atau apa yang sebenarnya kamu maksudkan?Percayalah si dia juga pernah merasai pengalaman seperti mana yang kamu rasai.

Masalah tidak akan selesai sekiranya kamu tidak usaha untuk cuba memahami perbezaan perangai yang ada kerana proses untuk menerima kelemahan orang lain mengambil sedikit masa.Adalah sangat perlu untuk kamu membenarkan diri kamu melihat sesuatu kekurangan itu sebagai satu kelebihan agar pasangan kamu pula cuba belajar untuk melakukan perkaar yang sama.

Bercinta ialah soal menerima seadanya pasangan kita dimana kamu berdua tidak perlu mengungkit kekurangan pasangan semata-mata untuk memenangi sesebuah pertelingkahan.Hati mana yang tidak sakit sekiranya acap kali pasangan mencari kesalahan sekali gus tidak mengendahkan segala perbuatan baik yang telah dilaksanakan selama ini.

Cinta sememangnya indah apabila dilayan tanpa ada sebarang masalah,namun tika dilanda ombak kamu akan terkapai-kapai bila mana pasangan yang kamu cinta itu tidak belajar untuk sama-sama menyelesaikan masalah.Tiada manusia yang sempurna di dunia,namun masih ramai juga manusia yang tidak mahu cuba untuk berusaha kearah kesempurnaan.

Bercinta dengan penuh keinginan untuk memperbaiki diri sendiri dahulu,sebelum cuba untuk memperbaiki pasangan kamu.Jangan mudah melenting apabila ditegur dan juga mudah menjatuhkan air muka pasangan apabila menegur.Bercintalah dengan sabar agar semua masalah daopat ditangani bersama dengan tenag,setenang air di kali.

*motivasi daripada Dato'FazleyYaakob* 




No comments: