Saturday, 3 December 2011

Alasan Tidak Bersolat

"Baju aku kotor la bro." Seorang lelaki menjawab.

"Lupa bawa telekung. Takde telekung macam mana nak solat?" Jelas seorang wanita.

Aduui, mazhab mana la diorang pakai ni. Cuba periksa balik syarat sah solat. Adakah kotor menyebabkan kita tak boleh solat? In kes ada yang malas nak buka balik buku agama, meh aku tuliskan balik.

 

Solat adalah sah sekiranya kita:
1. Suci daripada hadas kecil dan besar
2. Suci pakaian, tubuh badan dan tempat solat daripada najis yang tidak dimaafkan.
3. Yakin sudah masuk waktu solat
4. Menutup aurat
5. Mengadap kiblat

Now, let me ask you again. Ada tak dia tulis kalau kotor, solat kita tak sah? Takde kan? So, apa masalahnya kalau baju kotor. Takkan tu jadi alasan untuk tak solat langsung? Ni la pemikiran kita, kalau kotor dikatakan tak boleh solat. Padahal kotor sebab peluh, sebab tanah dan pasir, sebab minyak dan sebagainya bukan la najis yang tidak dimaafkan sehingga menyebabkan solat tak sah.


Tak cukup yang bagi alasan baju kotor, ada jugak golongan yang tak yakin dengan tempat solat. Takut kotor katanya. Sebagai contoh, ada satu tahi cicak jatuh atas sejadah, then kita buang tahi cicak itu ke tempat lain. Tapi perasaan geli tu masih ada sebab tak yakin tempat tu bersih. Yang pi geli-geli tu apasal? Yakin je la tempat tu dah bersih senang cerita.

Well, pernah dengar tak pasal keyakinan membatalkan syak? Maksudnya, kalau kita yakin dengan benda yang kita buat tu, teruskan saja la. Sama la seperti waktu kita berada di kapal terbang, kita tak tau arah kiblatnya sebab kapal terbang ni sentiasa berubah arah. So, sewaktu mula solat tu kita pakai kiblat yang kita dah sedia tahu dan lepas tu yakin je la yang solat kita diterima walaupun kapal tu asyik-asyik pusing ke kiri ke kanan.


Berbalik kepada si Muslimah pulak. Yang ni lagi satu, takde telekung tak boleh solat? Cuba pergi  cek mana-mana hadis atau ayat Quran yang mengatakan wajib ke atas seorang wanita memakai telekung jikalau hendak sah solatnya. Yang sebenarnya, syarat sah untuk perempuan bersolat simple saja. Tutup aurat sebagaimana dia menutup aurat ketika di luar solat.Batas aurat perempuan adalah seluruh anggota badan iaitu dari rambut sehingga hujung kaki. 

Sebenarnya, apa yang aku tulis kat sini cuma nak bagitau yang Islam tidak memberatkan umatnya untuk melakukan sesuatu ibadah. Kalau sakit, kita ada cara-cara bersolat mengikut kemampuan. Kalau sedang bermusafir, kita ada rukhsah solat. It's easy actually!

So, aku harap lepas ni jangan la ada lagi yang bagi alasan yang kurang logik diterima akal.







No comments: